en. wikipedia cakap MyKad merupakan sekeping kad pengenalan pintar yang digunakan di Malaysia. waahhh!! hebat loohh!! Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan yang menggabungkan teknologi cip dan biometrik terkini untuk meningkatkan keselamatan dan kesahihan pemiliknya. Kad ini telah dilancarkan secara rasminya pada September 2001. waahhh!! tidak syak lagi, Malaysia memang pawahh!!
hari isnin time sume orang masih bercuti di kampung halaman yang permai bersama-sama ibu bapa mereka, haku telah pergi ke Putrajaya untuk buat MyKad. tujuan haku buat MyKad adalah saja-saja kerna ingin mengubah alamat rumah haku yang tulis haku dok kat JB tapi sebenarnya haku dah pindah Bangi. kunun kool la jadik warga Selangor ni.
eksyen..orang suh pi awal tapi haku pi pukul 9.30..haram orang dah ramai. takpe, dengan gaya macho dan elegan sambil memakai blazer haku beratur untuk amik nombor. gile haku kena tunggu 50 orang lagi baru sampai turn haku. cess!!! patut datang awal!
tapi kan…kat putrajaya kan…so tahap ke’efisien’nan adalah tinggi. tahniah kepada pegawai kerajaan. anda telah berubah. berikan tepukan kepada para pegawai kerajaan. tepuk..tepuk..tepuk..lebih kurang 30 minit dah sampai giliran haku. isi borang pastu die kate leh amik dalam masa 24 jam..waahhh!! bagus!! tahniah lagi sekali kepada pegawai kerajaan. tepuk..tepuk..tepuk..tapi sebab haku buat 24hb Disember, haku hanya boleh amik pada 26hb Disember sebab 25hb Disember tu krismas. lepas selesai kat kaunter ittew, haku diminta pegi ke kaunter lain untuk amik gambar.
bila tiba giliran haku untuk berposing, haku diminta duduk kat kerusi mengadap cermin yang kunun-kununnya akan tunjuk muka kite time dekat MyKad tu nanti. haku kena bergambar due kali. kenapa? adakah sebab haku terlampau hensem sampai komputer tak dapat nak terima ketampanan haku? mungkin betul…tapi malangnya bukan ittew kesnya.
“enche…enche kena amik gambar lagi sekali la enche.”
“amik sekali lagi!! kenapa?”
“kat spek enche ni ade silau. tak lawa nanti kat MyKad enche. so kali ni kena bukak spek.”
“bukak spek!? takleh pakai ke?”
“kenapa enche? ade masalah ke?”
“bukan…nanti sume orang tau identiti saya nanti.”
“identiti enche.”
“ye..identiti saya sebagai superman.”
“hampeh..”
jadik nak tak nak haku kena la amik gambar untuk MyKad haku dua kali. tapi identiti haku kini telah terbongkar. sedih…
hahahaa…poyos..!
aku nak amik pic baru utk mykad..nyampah tgk pic aku dlm mykad..
haku hanya boleh amik pada 2hb Disember ?
ko salah kot type ni..
x efisyen la ko ni..
aku paling tak suka ending macam ni!!! Mana boleh samakan ko dengan superman.. superman hensem.. tak sama langsung.. orang buta pun reti beza tau. lalalala
hahhahahahahaha lawak dowh!
arrghh…en.fadh..err..en.superman…sile la tukar baju uniform superman yg lebih bertamadun..malu sey…
aku dah agak dah..mesti citer yang berunsurkan superhero lagik…
tak abes² dengan citer superman kau ni…apa kata kau citer musuh kau sebagai superman lak…
nana: okeh..aku dah betulkan. sila baca dari mula.
girl: tanda-tanda dengki la tu
cikf: spentot kat luar trademark what!? hahaha
zuriaf: nanti aku reka cerita org lain lak jadik hero. hehehe
ces…ingatkan makcik yang dalam iklan silky girl tu yang amik gambar encik…
aku penah jumpa makcik yg amik gambar dlm iklan tu.. kat kenduri sape ntah…
hehe..
habis tu bile ko bukak spek, maka tetiba pakaian ko bertukar segala bagai dan spender ko tetiba kat luar ek? heheheh
just joking.
yup, sebenarnya tak semua yang berkaitan dengan kerajaan lembab. segelintir je. Saya hangin bila kawan ajak kuar, then saya kata busy, then dia kata ” keje kerajaan busy ke?”
Saya bukan keje kerajaan. Tapi kerajaan bagi duit kat yayasan ni.
tak larat aku nak layan cerita ko fadh..tapi at least menghiburkan aku ahahah
Haha, suil jek! Ekeke.
kalo en.fadh serta merta bertukar menjadi superman sekalipun,nasib baik la dlm mykad amik gambar muke jer…huhu
Fadh ni poyo je.. teringin sangat jadik ’supir’man..
adeh, tang ending tu yg tak tahan tu.. hahahaha..
buat IC amik no giliran?
ahahahahahahahah! :p
aishah: aku ingat makcik tu jugak yang nak amik…rupenye org lain daa..
bayan: betul tu!!
cherrie: tima kasih…tima kasih.
[...] yun dah buat mykad baru tapi tak selama si koya takuya buat mykad, abang kena tolong amikkan kat ibupejabat sebab nak siapkan cepat. kena pulak hantarkan (macam R41 [...]
fadh, ko tipu!! ko oyak ko suparman.. tapi aku dah jerit minta tolong aritu.. ko dok datang pung..!! takkan kat sini tade coverage kot..