ketika menjadik engineer terlampau, saya tinggal di Johor Bahru. kampung saya pula di BP iaitu Bandar Pawah Batu Pahat daa. jadik, saya boleh dikatakan kerap balik ke kampung pada setiap hujung minggu. saya juga kerap menggunakan jalan lama untuk balik ke kampung kerana pemandangannya yang indah sebenarnye nak sep duit tol.
dan setiap kali balik ke kampung ittew juga saya kerap memerhatikan kanak-kanak kecil pergi ke sekolah sama ada sekolah rendah atau menengah. saya kerap melihat ibu atau bapa mereka membawa mereka ke sekolah sama ada berjalan kaki atau menaiki motorsikal kapcai yang jika dibandingkan dengan motorsikal saya, motorsikal saya kelihatan jauh lebey canggih dan mewah.
kalau hujan, ibu bapa kanak-kanak comel tadi akan setia menunggu di depan pagar sekolah sambil memegang payung. takut anak mereka kebasahan. betapa besarnya pengorbanan ibu dan bapa demi anak-anak mereka menjadik manusia berguna. tapi adakah kanak-kanak yang naif itu memahami pengorbanan ibu dan bapa mereka?
satu tika dulu ketika Fifi masih menjadik pengacara, saya kerap menonton Bersamamu. jangan bagitahu sesape, tapi air mata saya sering bergenang apabila melihat betapa sukarnya anak-anak tersebut hendak ke sekolah disebabkan kedaifan keluarga mereka. sebak hati ni kalau memikirkan kembali. rasa betapa bersyukurnya saya.
keadaan-keadaan ini sering mengingatkan saya kepada zaman persekolahan saya di Kuala Kangsar dulu. betapa sang ibu sanggup menemani sehingga ke kota Kuala Lumpur agar saya selamat menaiki bas ke KK ini masa saya form 1 okkay bukan form 4. betapa sang bapa bahunya melecet kerana mengangkat beg sang anak yang berat ittew ini pun masa form 1 okkey.
pernah beberapa kali rasa rindu pada keluarga apabila berjauhan namun apabila memikirkan betapa ibu dan bapa gembira apabila mengetahui anaknya bersekolah di sekolah yang bagus, saya gagahkan jua diri walaupun ketika ittew masih mentah lagi diulangi form 1, kalau form 4 homesick memang memalukan.
disebabkan pengorbanan ibu dan bapa ketika ittew, saya tekad untuk tidak lagey menyusahkan mereka. ittewlah kali terakhir, seingat saya, saya membebankan ibu dan bapa. selepas ittew, segalanya saya lakukan sendiri.
namun begitu, pengorbanan ibu bapa adalah satu pengorbanan yang takkan dapat kita balas walau apa pun kita lakukan.
***
saya kekeringan idea, tensen, malas, bengang dan bengong sekarang ini. saya memerlukan masa untuk merehatkan minda. mungkin saya takkan dapat mengapdet blog buat beberapa minggu. sebelum saya terlupa…
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!
Fifi pg mana ya? lama tak tgk tv3. saya tak pernah tgk bersamamu. cukuplah sendiri melaluinya…
nak komen.hehe..Allah beli pengorbanan, dan digantikan dengan kejayaan dan kesenangan. mgkin sbb tu cik fadh berjaye jadik engineer terlampau ittew
a’ah, mana gi fifi ye? lama tak tengok tv3 kecuali untuk kaber hero kaber zero. dah kawin ke? aku suka juga tengok dia..
takpe dowh, dengan gaji 1993.63 ditambah elaun 810 sebulan ko sudah boleh membawak mereka semua berpindah ke rumah berkembar di semenyih selepas ini!
Fifi dah buat bisnes online nye sendiri
http://www.teamfifi.com/
hehe..
kirana & mucs: fifi? ntah tak tau kat mane die skang. hilang membawa diri kot.
doyot: saya adalah jurutera yang telah bersara dengan jayanya skang ini.
zahack: owh, banyak tuh gajik aku. hahaha.
tu kalau ko start T1 arr, kalau ko ada master start T3 aku pun tak ingat berapa tapi lepas laa civic baru sebijik (tanpa rumah kat semenyih la tapi)…ahahahah
kk? budak koleq ke ni? batch mana eh?
zaha: civic eh? mantap..mantap.
nizam: batch 2000 bro.
tapi, kalau ko kawin sama batch….toyota caldina dengan semi-d kat bangi pun lepas….ahahah!
kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa tiada tolok bandingnya..
zaha: haha…tak kot. work burden tinggi sgt. kene ade yg layback sikit.
yginsaf: betul2.
bangi terus la.. apa kelas semenyih lagi.. pagi2 jam kat semenyih tu..
work burden tinggi baru rindu beb (dari orang yang berpengalaman):p~
wei.. ko dah kem salam lom kat kwn aku tu??
mucs: bangi? aku mmg dok bangi dah. seksyen 4. rumah2 baru kat bangi mahalla. semenyih murah sikit.
zaha: hahahahaha…aku carik lecturer la. sok2 anak aku leh jadik bijak bestari.
nana: belum lagikla nana. nanti2 la.
seksyen 4 tu kat mana ek? ehehe.. actually aku bukan tau sangat pun seksyen2 kat bangi tu.. takat warta, masjid tu aku tau la.. rumah family ke sewa?
rumah family bro.
ic.. kalau terserempak ngan aku kat bangi tu tegur2 la.. bukan apa, takut aku tak cam ko sbb dengar kata ko makin hensem sekarang ni.. hehe..
lecturer je ker yang akan menjadikan anak2 bijak bistari? hmmm?
mucs: hahaha…fitnah mane ko dgr ni.
aishah: takdela. cume persekitaran ilmu tu akan memperkembangkan tahap kecerdikan dengan amat pantas sekali.
tu bukan fitnah fadh. aku dapat dari sumber yang boleh dipercayai. tapi dah lama dah sebenarynya.. sekitar 2005 kalau tak silap. so kalau pada 2005 pun dah hensem, aku tak dapat bayangkan la sekarang ni ko hensem macam mana.. tu yang takut tak kenal tu..
p/s: kehenseman mengikut sumber tu la. bukan dari aku. nanti orang cakap aku gay plak.. hehe..
fadh kan dulu nk masuk hero remaja!
waaa.. kalau beliau masuk tentu beliau akan menang.. kerana selain kehenseman, beliau juga mempunyai faktor x dan mempunyai fan-base yang ramai..
mucs & nana: hahaha…korang angkat aku tinggi2 aa. aku hampeh jek. gile muke pecah rumah, perangai perosak alam, sume yang buruk2 tuh sinonim dengan mohamad fadhlullah omar. hahaha
err.. dalam komen terakhir tu, mungkin la aku angkat ko.. tapi, komen yang kedua terakhir tu betul la fadh… seyes..