Feeds:
Kiriman
Komentar

Jom ke Rome!!

Mata Mat Kool semakin berat. Ni selalu dah time tido dah ni. Tapi nak buat macam mane, team feveret beliau malam ini akan beraksi. Digagahkan jugak diri dengan menatap televisyen.

2.30 am. Masa dah semakin hampir. Mata Mat Kool semakin berat. ‘Esok kerja ni. Boleh ke tengok sampai abis?’ Getus hati beliau.

3.00 am. Masa dah sampai. Mat Kool hanya nampak kegelapan. Beliau dah tertido. Shialan!

6.00 am. Mat Kool tengok televisyen untuk mengtahui berita terkini yang lebih penting daripada virus selsema babi. Manchester United menang 3-1.

7.30 am. Mat Kool pergi ke pejabat dengan hati riang. Walaupun tidak dapat melihat mereka beraksi, tapi hati beliau kepuasan. Pasukan beliau telah berjaya dan menempah tiket ke Rome.

Aku hebatla wei!! – kata Ronaldo

Kegawatan Ekonomi

Lampu minyak di dashboard kereta berkelip-kelip…

“Aiseh…dah nak kena isi minyak ke?” haku memandu perlahan ke stesyen minyak.

Sampai di stesyen minyak.

Perlahan-lahan mengeluarkan kad kredit dari dalam wallet. Tiba-tiba kedengaran suara sayup-sayup.

“Bang…nak beli balm gamat bang?” satu suara budak perempuan menyapa haku.

“Errr…takpelah dik. Lain kali je la ye.” Jangan harap.

“Okey bang.” berlalu pergi dengan perlahan-lahan.

Dari kejauhan haku tengok adik tersebut memakai baju kurung hampir lusuh. Selipar oversize. Berwajah muram. Berjerawat penuh di pipi. Ikutkan hati kecik haku…haku nak bantu adik tadi dengan beli balm gamat beliau. Malang kewangan haku tidak mengizinkan.

Kegawatan ekonomi tidak memberi kesan secara langsung kepada haku. Berjawatan tetap. Tiap bulan dibayar gaji. Tiada masalah membayar loan kereta dan ASB. Kadang-kadang payah nak bayar kad kredit. Haku sangat bersyukur.

Tapi tidak kepada adik tadi. Perasaan simpati menyelubungi jiwa haku. Kat mana rumah beliau? Macam mana makan minum beliau? Hujung minggu dapat ke beliau berseronok bersama rakan….atau tetap bekerja mencari sesuap nafkah?

Keadaan ini membuatkan haku rasa bersalah. Rasa sedih. Rasa seperti…tiada manusia yang berhak hidup susah.

Pekerjaan haku memang kadang-kadang membuatkan haku kecewa dan frust. Tapi seteruk-teruk pekerjaan haku…haku pasti apa yang adik tadi buat lebih payah dan sukar…demi mencari sesuap nasi.

Kalau haku la…

Sering tertanya-tanya apa yang kaum laki bualkan? (khas untuk wanita)
Ingin tahu lebih lanjut dan mendalam?
Ikuti topik kita pada hari inney.

***

AFRo: F1 dah dkat eh bro?

Mat Kool: Weekend ni la kan? Hari tu dah lumba kat Australia. Brawn GP menang.

AFRo: Brawn GP? Sape drebar diorang?

Mat Kool: Button dgn Barrichello.

AFRo: Owhh… (sambil membelek paper Kosmo!). Pergh beb! Ko tengok awek Button ni. Mantap bro!!

Mat Kool: Mane beb? (sambil mengambil paper Kosmo! tersebut). Pergh! Betulla beb. Mahsyuk ni. Biasala bro. Orang banyak duit. Awek cun gile la. Orang macam kite ni mana nak dapat awek macam tu bro.

AFRo: Hahaha…betul bro. Cuba ko tengok Barthez. Rambut takde pun tapi bini cun gile.

Mat Kool: Barthez okla bai. Cuba ko tengok Karimboo tu. Lagi la cun bini die.

AFRo: Hahahaha…betul beb. Janji ada duit je bai.

Mat Kool: Tapi diorang silap taktik la bro.

AFRo: Silap taktik?

Mat Kool: Kalau haku la kan…haku buat pendekatan lain.

AFRo: Pendekatan lain? Ko buat macam mane beb?

Mat Kool: Kalau haku la kan…haku jadi kasanova je beb. Playboy selagi haku ada duit. Hahahahaha.

AFRo: Hahahahaha…terbhaik bro!!! Terbhaik!!

***

jessicaAwek Jenson Button, Jessica Michibata

Haku pun pandaila wei!!

Di satu keheningan pagi, ketika haku sedang enak bersarapan nasi goreng dua jenis berlaukkan telur mata dan sambal kerang, mata haku terpandang satu statement yang macam haram.

“…Beliau turut berkemahiran membaca dan menulis di dalam Jawi…”

Blahla wei!!
Ingat ko sorang je ke pandai tulis dengan baca Jawi?
Ramai lagilah wei!!
Apsal ko tak letak nama haku je dalam tu!?

moral : sila jangan cakap besar. Tuhan tak suka.

Tips Elak Ngantuk

Cerita 1.

“Pergh…gile tak tahan la mengantuk…apa ko makan tu? Bak sikit.” kata Mat Kool.

“Gula-gula. Buat tahan mengantuk.” balas Keyrol.

2 minit kemudian…mata Mat Kool terpejam. Beliau sedang nyenyak tidur sambil menyoyot gula-gula di dalam mulut. Orang bijak mana yang cakap gula-gula boleh hilangkan ngantuk?

Cerita 2.

“Arrrggghhhh!! Ngantuknya.” Mat Kool mengeliat sambil bangun dari tempat duduk beliau.

“Ko nak pi mana tu?” tanya Yana.

“Pi tandas basuh muka kejap. Nak hilangkan ngantuk la.” Jawab Mat Kool sambil melangkah perlahan ke tandas.

2 minit selepas kembali ke tempat duduk beliau…Mat Kool tertidur sambil muka beliau masih basah-basah dengan air. Saintis mana cakap basuh muka bole hilangkan ngantuk?

***

Siapala yang bagi idea-idea bernas ni cakap makan gula-gula dengan basuh muka boleh hilangkan ngantuk. Merepek je semua tu. Haku dah cuba semua cara tapi takleh jugak. Cara yang terbaik untuk elakkan ngantuk adalah…tidur! Ya..tidur. Barulah dah tak ngantuk sebab dah tidur. Amalkan lah tips ini di mana jua anda berada. Di dalam kelas…haku grad jugak kat universiti dulu walaupun masuk-masuk kelas je terus tido..di dalam opis…time rehatla weih..atau pun semasa kursus…ini memerlukan kemahiran atau sikap tak ambil peduli yang tinggi.

Jangan putus asa kalau gagal pada percubaan pertama. Lambat laun anda pasti berjaya. Selamat maju jaya dan selamat beramal.

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »